Tuesday, October 14, 2008

Hari Keluarga Leodian

Tahun 2008 merupakan tahun ke-10 kampung Rumah Belor Leodian, Sg Asap berpindah dari kawasan asal ke penempatan baru di Sungai Asap. Sehubungan dengan itu, kampung kami akan meraikan ulang tahun ke-10 perpindahan ini. Hari Keluarga 2008 akan diraikan pada 23 December 2008 (Selasa). Berikut adalah ringkasan pesanan dari web admin LEODIAN yang telah diedit.

Pesanan kepada semua anak-anak Uma Belor Leodian, anda semua dijemput balik untuk bersama-sama meraikan Hari Keluarga tahun ini. Tahun ini merupakan tahun yang lebih istimewa kerana kita akan menyambut Ulang tahun ke-10 perpindahan ke Asap. Pelbagai acara akan dijalankan termasuk permainan, cabutan bertuah dll dan hadiah-hadiah lumayan turut disediakan. Perayaan tahun ini menggunakan konsep terbaru dan berbeza dari tahun tahun sebelumnya.
Beberapa konsep baru yang akan dilaksanakan ialah; permainan dijalankan mengikut kumpulan dan tidak mengikut blok, baju hari keluarga turut berbeza dengan mengikut warna kumpulan. Kumpulan anda akan diberitahu dalam masa terdekat ini. Jutaan terima kasih kepada Biro Kebajikan & Sosial kerana sudi menjadi penganjur bagi kali ke-2 (berdasarkan rekod cemerlang mereka tahun lalu). Segala sumbangan turut dialu-alukan. Jumpa anda disana!!!
Tuhan memberkati!

-Web Admin- http://leodian.multiply.com/

Berikut adalah suasana Hari Keluarga beberapa tahun lalu. I can't wait to go back...... excited!

Hari Keluarga 2006

Hari Keluarga 2007
i know this lady

No comments: